Mari Menjadi Hamba ^^

Assalamualaikum.. (^^,)

Done test INVEST petang tadi. Alhamdulillah, dalam last minute study pun syukurlah masih boleh jawab dengan baik. Thanks Allah.. 

Ada ketika, aku selalu duduk sorang diri, sambil muhasabah diri.. Allah bagi aku macam-macam.. apa yang aku mintak semua Allah bagi pada aku.. Tiba-tiba hati aku jadi sebak sangat. Allah beri segalanya yang aku mahu. tapi adakah aku buat semua yang Allah minta aku buat.. Allah..

Jawapannya tentulah tidak. Bila kita sedih, kita cari Allah. Masa tu kita takda siapa2 nak ada dengan kita. Tapi Allah tetap setia. Selangkah kita datang kepadaNya, beribu langkah Dia menyambut kita. Tak pernah dia biarkan kita hidup merana. Melainkan itu pilihan hidup kita sendiri..

Check balik, masa happy, masa tengah hati lapang, kita ingat tak pada Allah. Manusia memang macam tu. Termasuk aku. Lebihnya pada aku. Jahilnya hamba padaMu ya Allah. Tika aku duka, Kau ada denganku, beri aku kekuatan. Kerana pada waktu itu, aku sedar, hanya Engkau yang boleh buat aku tenang. 

Malu sebenarnya. Masa senang, jarang ingat Dia. masa susah, kelam kabut mencariNya.. Allah.. betapa lemah imanku..

Kita HambaNya. Selamanya kita tetap pegang title Hamba 2. So, mari menjadi HAMBA yang baik pada Nya ! :')

sekian. Assalamualaikum ^^













No comments: