Husna menitiskan air mata ketika berdoa. “Ya
Allah, kenapa Kau temukan aku dengannya?”.Jika Kau tahu
pertemuan itu akan membawa kepada zina? Berkali-kali
Husna bertanya Kepada Allah di dalam doanya. Dia seolah-olah mencari punca, menyalahkan
takdir Allah yang menemukan dia dan Daniel semasa di bangku sekolah. Dia
tertekan, buntu. Kerana dia telah hilang ‘cinta’ agung di dalam hatinya dahulu.
Hingga mereka ber’couple’ dan akhirnya segalanya telah diserahkan kepada insan
bernama Daniel itu.
“Astaghfirullah..mahukah Kau mengampuniku Ya
Allah? Layakkah aku menadah tangan berdoa padaMu ya Allah? Sedangkan
setiap masa aku penuhi dengan zina, maksiat?” Terus-terusan Husna ‘bertanya’
kepada Allah. Dia merasakan bahawa menadah tangan untuk berdoa pun dia malu.
Dia malu kepada Allah. “Ampunkan aku..”. Berulang kali dia mengulangi doa
itu.Berderai air matanya keluar. Dia tidak peduli lagi. Dia cuma ingin
mendapatkan Cinta Agung itu kembali. Tiada doa lain. Dia hanya mahu Allah mengampunkannya
sahaja ketika itu. “Dahaganya
hati tanpaMu ya Allah..”
Husna adalah seorang muslimah yang
baik. Patuh kepada suruhan agama. Husna juga tidak jahil,tidak bodoh dalam pengertian agama, hatinya masih
ada Allah tetapi dia keliru antara cinta mana yang lebih memberi kebahagiaan kepadanya. Setelah ber’couple’,
hatinya ada dua cinta yang bertakhta dihati. Satu cinta yang Maha Agung, satu
lagi cinta Daniel. Pada mulanya hatinya dipenuhi cinta Allah. Lama kelamaan
cinta itu semakin pudar. Cinta Daniel melebihi segala rasa cinta yang ada. . “Andai
waktu boleh diundur Ya Allah..”.
Dia mengimbau kembali peristiwa hitam itu
Pada mulanya mereka hanya SMS,
bergayut di telefon, berbual tentang agama, Daniel memahami dan hanya mendengar
dan kadangkala memberi pendapat kepada
‘syarahan’ agama Husna.
Tetapi lama kelamaan, mereka berbual tentang
peribadi masing-masing. Ada saja topik tentang diri mereka. Tentang makanan
kegemaran, hobi dan sehingga lama kelamaan berubah kepada topik perkahwinan
seterusnya hubungan suami isteri. Daniel bijak meyakinkan Husna. “ kita sembang-sembang
je, bukannya buat betul-betul pun Husna sayang.”. Husna memarahi Daniel kerana
bercakap tentang hal itu. Dia tidak suka. Baginya dia suka mereka ber’couple’
tetapi saling menasihati dalam agama islam. ‘Couple islamik’ kata orang. Lebih
sweet sekiaranya pasangan kekasih nasihat-menasihati dalam hal agama. Monolog
husna di dalam hati. Daniel hanya terdiam. Dia tahu Husna hanya marah pada
permulaan saja. Husna akan suka apabila dia bercakap lagi dan Dia yakin Husna
akan terjatuh dalam perangkapnya. “setebal mana sangatlah iman kau Husna, aku akan cairkan iman
kau sikit demi sikit wahai Husna ku sayang.” dalam
fikirannya mula terbayang tubuh Husna tanpa tudung labuhnya, tanpa baju
muslimahnya. “ syaitan mula merasuk fikirannya. Nafsu serakahnya mula
bertandang.
Husna menangis lagi, satu-satu dia menyingkap
kisah dosanya. Dahulunya dikenali sebagai ‘ustazah’ di kelas kerana sering
menasihati rakan-rakan sekelasnya yang terlibat dalam gejala ber’couple’. Husna
cukup pantang melihat ada rakan-rakannya yang dilihat ber’dating’, ada sahaja
hujah dari hadis nabi dan dari surah-surah dalam Al-Quran yang dilontar kepada
rakannya yang ber’couple’. Baginya orang-orang seperti ini perlu diberi
kesedaran, meraka jahil tentang hukum hakam agama. Jadi dia sebagai orang yang
arif perlulah memberi kesedaran kepada
yang jahil. Angkuh dan riaknya dia dahulu. Tetapi kenyataannya dialah insan
paling jahil. Lebih jahil dari rakan-rakannya yang pernah dia memberi ceramah kepada
mereka.
Lelaki itu merubah dirinya sekelip mata.
Hari-harinya diisi bersama Daniel hingga pada suatu tahap, Husna menyerahkan
‘segalanya’ pada Daniel. Hilang sudah mahkota dirinya sebagai seorang wanita..
Daniel telah memiliki Husna, Husna juga dengan rela hati ‘menyerahkan’
segalanya pada Daniel.Bertempat di hotel bajet, mereka memadu asmara. Maksiat
itu terus berulang dan berulang tanpa ada rasa insaf di hati. Mereka puas,
gembira kerana dapat melepaskan rindu.
Kemudian Daniel menghantar Husna pulang, ketika
dalam perjalanan Daniel pulang ke rumahnya, tidak semena-mena sebuah treler
melintasi kereta Daniel dari arah bertentangan. Daniel gagal mengawal
keretanya, lalu keretanya bertembung dengan treler itu. Kepalanya hancur.
Daniel maut di tempat kemalangan. Husna mendapat tahu berita itu.
“Ya Allah..!”
Baru kini dia kembali menyebut nama Allah.
Husna pengsan setelah mendapat khabar buruk tersebut.
***sebulan kemudian**
Suatu malam ketika dia menangisi pemergian
Daniel. Hatinya bertekad untuk berubah. selesai menunaikan solat isyak, hatinya
terdetik tentang sesuatu. Hatinya rasa kosong. Hati yang dahulunya selalu diisi
dengan cinta Allah. Hati yang selalu mengingati Allah. Hati yang terlalu
mencintai Penciptanya. Ketika itu, apa sahaja yang dilakukan hanyalah kerana
Allah. Husna sangat bahagia dengan nikmat cinta itu. Husna menangis semahunya.
Dia tidak tahu sebab dia menangis tanpa henti, yang pastinya, dia sedang merayu
supaya Allah memberi cinta agung itu kembali padanya.
Kini, dia bertekad, dia inginkan kembali cinta
itu. dia teringat isi ceramah Ustaz Azhar, ketika Husna mengikuti kelas pengajian
agama bersama beliau.
“Hidup manusia yang bergelumang dengan
maksiat, tidak akan berkat hidupnya. Malah Allah S.W.T akan menurunkan bala
kepada hambaNya yang melakukan maksiat. Tidak akan akan keberkatan di dalam
hidup manusia itu dan hidupnya sentiasa
akan berada dalam kesusahan.”
Husna resah, takut. Sungguh dia menyesal.
Husna menangis semahunya ketika berdoa kepada Allah. “Ya Allah.. ampunkan aku..”
dia menadah tangan dan berdoa tanpa henti kepada Allah supaya mengampunkan
dosa-dosanya. Dia memohon ampun kepada Allah di setiap doanya. “ YA ALLAH.. AKU BERTAUBAT”. Husna bersujud
di atas sejadah. Sujudnya lama, dia ingin merasakan cinta Allah yang dulu
pernah bertamu dihatinya. Ya, dia inginkan cinta itu kembali. “Ya Allah,
izinkan aku mendapat cintaMu kembali yang pernah aku hilangkan..” “ tolonglah
terima daku kembali untuk mendakap cintaMu Ya Rabbi, aku mohon dan merintih
padaMu Ya Allah. Amin..
P/S: Aku baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan cerpen. Ini cepen yang terbaru yg dihasilkan. Semoga mendapat manfaat :)
1 comment:
mantop. keep it up :D. xsabar nk tggu next cerpen CH :)
Post a Comment