Hikmah Diuji.. Alhamdulillah..

Assalamualaikum..


Tepat jam 1:59 pagi. Mula menaip, memerah idea apa yang nak ditulis. selalunya waktu-waktu macam ni, dalam suasana tenang, nyaman, kita banyak berfikir tentang diri dengan Tuhan. Dalam kesamaran cahaya, aku cuba menulis sesuatu dari hati yang selalu gundah..

Kuatkah aku? kuatkan hati ini melawan semua yang datang. Hati kata kuat, tapi mata tetap mengeluarkan air mata. Air mata yang mengungkapkan seribu satu rasa.. Setiap kali diuji, aku menangis.. aku mencari2 manusia untuk mengadu.. aku lupa pada Pemberi dugaan yang memberi dugaan. Aku lupa Allah..

Naluri manusia, suka meluahkan pada orang lain yang dia percaya.. tapi mampukan manusia itu menenangkan hati yang resah itu? Tidak. Mereka juga jarang ada ketika diri ini mencari. Subhanallah.. Allah mengetahui sedangkan kita tidak. Caranya memberi pertolongan amat berbeza dengan manusia.. ketika lemah, Allah memberi lebih banyak dugaan. Bertimpa-timpa. Kerana? Dia mahu kita lebih KUAT. Itu caraNya mendidik hambaNya.. MasyaAllah. Kita pula sering menyalahkanNya atas setiap masalah, ujian yang diberi.. Naif dan jahilnya diri ini.. T_T

Sesuatu yang selalu terjadi. Ketika diuji, secara automatik Allah akan menjauhkan kawan2, sahabat, manusia-manusia lain dari kita. Kita mencari-cari mereka. Mereka tak datang, tak kesian. Bertanya aku pada diri. tidak sedarkah tentang keadaan aku? kesedihan aku? Akhirnya aku yakin, Allah punyai sebab kukuh untuk menjauhkan orang lain dari aku ketika ini. Ya, supaya aku mencariNya.. mengadu padaNya. Bukan pada manusia yang tidak memberi aku apa-apa..

Lalu ketika itu mula mencari tikar sejadah, mula ternanti-nanti saat sujud. Kerana saat itulah dekatnya kita pada Allah.. Menadah tangan, lalu berhamburanlah air mata. Naifnya hamba Ya RAbb.. aku tahu ketika ini aku hanya perlu sabar dan solat.. tetapi aku sibuk mencari manusia untuk menangis, bercerita. manusia yang entahkan ikhlas atau tidak mendengar..

Thanks Allah..
 kerana menjauhkan manusia dari aku ketika ini..kerana terus membuatku kuat dengan setiap dugaan.. Tidak terjangkau di fikiranku hikmah setiap suruhanmu.. Hidup ini bukan setakat belajar, persahabatan, dan cinta, tetapi lebih dari itu.. Hamba terlupa tujuan Hamba hidup didunia ini..

Terima Kasih Ya Rabb. kerana ingatkan hamba ketika lupa. Menguatkan hati hamba ketika lemah, hancur. Jika tidak kerana dugaan2Mu, aku tak akan sekuat ini.. aku juga tak perlukan kawan untuk bercerita tentang dugaanMu.. kerana Engkau lebih dari cukup untuk segalanya.. Engkau beri, Engkau menyembuhkan.. Terima kasih TUHAN.. 




Wasalam..








No comments: