'Life Update and TIPS in getting job

 Hai Assalamualaikum ! 

Bagi bagi salam terus renyeh. Sebab aku dah lama gila gila gilaa (sangat2) tak bukak blog nih wei orang2 kampung semua. haha over kan. Bukak pun jarang, post apatah lagi. Yelah skang kan ade Android bagai so apps belambak2 kat phone semua tu dah memadai dah bagi aku, blogging punya zaman ni dah lama aku tinggalkan. Heh

So alang2 dah post ni kan, kita cerita2 la sikit pasal life update aku. Hamboi ingat retis ke hadek nak life update bagai. Herh. Bukan apa, dulu2 kalau orang follow and baca story dalam blog (kalau ada la) masa tu aku hingusan lagi kot. skang kau tau dah beghape umur hadek? 23 kauu.. Ha tapi menggedik lah sangat kan consider diri sendiri 'hadek' lagi. Ngeh

Tak silap aku, last post aku berkisarkan tentang hari konvo aku, haa zaman tok kaduk dah dulu tu hakak2 oii. hehe. Aku konvo in 2013 dan aku jugak dah lalui zaman pekerjaan, Alhamdulillah. Walaupun tak la lama sangat tapi aku bersyukur Allah bagi pengalaman yang aku takkan dapat beli pun dgn duit. Haa dah slow2 guna ayat skema nih. haha.

Cerita sikit pasal zaman pekerjaan, Allahu Robbi. Banyak sangat2 hadek belajar tau. Sepak terajang sekeh lempang, segala jenis kick dah rasa dalam dunia pekerjaan. Ya, memang betul adik2 semua, (ok dah mengaku tua skang huhu), aku dah paham WHY employers really needs staffs yang ada pengalaman to joined their companies. Diorang nak staffs yang matang in handling expected n unexpected situations in company. benda tu of course you all tak kan dapat belajar masa korang kat universiti. Sebab tu experience comes first in any itv, tapi with outstanding grade jugaklah. 

Mungkin tak sama semua company, tapi sebab aku join ni company swasta, so aku cerita lah in swasta punya part. Haa lagi satu, communication sangat lah penting dek non oi, kak cik, kak ngah oi dalam bekerja ni. Kalau kita lepas masuk takpe la kan. Tapi kalau nak ada kemajuan dalam career, you MUST be very confident in communication ! Tak tipu.

Swasta ni lain sikit, kau pong pang la apa pun dengan confident nya, dalam english, bos2 laju je nampak kau nak list kau dalam senarai pekerja2 yang bakal dapat point tinggi ! means dapat naik gaji atau naik pangkat la. Senang cakap kau kena confident ja dengan pakej english kau power, Insha Allah ada la potensi kau kat situ. Why English? Why not BM? Adik2 kena lah terima hakikat bahawa English Language is a NEEDS dalam working industry kita. :) 

Okay lagi satu, bila dah keje ni, kalau boleh tak payah la nak cepat percaya colleagues2 yang baru ja kenal. Ok, tak salah k nak berbaik. Tetapi berpadalah. Ala, nanti korang akan nampak jugak benda ni dalam environment keja korang. Just buat keja korang dengan baik, pekakkan telinga dengan benda2 tak patut korang ambik port, and build your career in your workplaces. Spesies menganjing memang ramai hadek2 oi masa keja ni, korang kena kuat semangat la. tapi aku kalah gak kekadang tu haha. rasa nak menganjing balik tapi sedar kita ni sebaik2 ciptaan, so tak payah nk ikut menganjing jugak. huhu

Okeh dah banyak sangat hakak menaip nih ha, ambik jela yang boleh ambik pengajaran tu k. Yang tak baik jadi kan sempadan :) nanti hakak hupdate lagi hokay. haha gedik je. Okay lah nak sambung buat keje, jumpa lagi guys ! 

Wasalam.


P/S : Hakak belanja gamba satu ye. dengan hashtah #jangankatahakaktakpayung. hahaha bye

Semasa hakak bekerja di dot dot dot






No comments: